Selamat datang ke laman blog Kontrak Maju.


PROJEK SEMASA

Posted by kakmin | Posted in | Posted on 9:25 PM

1.   Buat masa ini kami sedang menjalankan kerja-kerja membaiki dan mengganti pagar dawai sepanjang 1255m di PMU Kapar, Selangor.

Progress Kerja:

  •  21/6/2010 - kerja pembersihan tapak bermula
  •  23/6/2010 - kerja membina tembok dinding pintu masuk sedang berjalan
  •  23/6/2010 - kerja mengganti pagar dawai lama bermula
  •  28/6/2010 - kerja membina tembok pintu masuk siap
  •  16/7/2010 - 75% konkrit kerb telah siap
  •  20/7/2010 -  95% kerja telah siap
  •  30/7/2010 -  100% siap (Alhamdulillah)



2.  Kerja-kerja menjalankan projek menyediakan laluan untuk membina jalan premix di Subang Uda.

Progres Kerja:
  • 15/3/2010 - kerja pembersihan tapak bermula
  • 22/3/2010 - kerja pembersihan siap dan kerja penambakan sedang di jalankan
  • 29/3/2010 - kerja penambakan dan memadat sedang di jalankan
  • 05/4/2010 - kerja penambakan dan memadat serta membina kerb sedang di jalankan
  • 12/4/2010 - kerja memadat dan premix di jalankan.
  • 16/4/2010 - siap 
sekian.

KURSUS KONTRAKTOR

Posted by kakmin | Posted in | Posted on 7:50 PM

Untuk pengetahuan semua kontraktor, bermula tahun 2010 ini, semua kontraktor yang ingin memperbaharui sijil pendaftaran dengan PKK atau CIDB di kehendaki menghadiri mana-mana kursus yang di anjurkan oleh organisasi yang di lantik atau di tauliahkan oleh PKK atau CIDB.

Kursus ini adalah antara lain bertujuan untuk menambah dan memperbaharui ilmu kontraktor yang sedia ada dan memberi ilimu-ilmu yang sepatutnya untuk bakal-bakal kontraktor. Bidang kursus adalah berkaitan dengan semua bidang yang di anjurkan oleh pihak PKK dan CIDB.

Syarikat Kontrak Maju telah menghantar wakil untuk menghadiri 3 kursus berikut ;
  1. Kursus peranggaran harga jalan bitumin, jalan pertanian/ladang/luar bandar dan jalan probase. (14 mata CCD)
  2. Kursus Guard Rail Siar Kaki/Concrete Imprint/Stencil Paved Concrete, Kerb dan Cat Jalan. (14 mata CCD)
  3.  Kursus waterproofing dan grouting (14 mata CCD)

PEMBAHARUAN SIJIL PENDAFTARAN

Posted by kakmin | Posted in | Posted on 6:31 PM

Dalam tahun ini KONTRAK MAJU perlu memperbaharui sijil pendaftaran syarikat dengan PKK, TNB dan CIDB. Pembaharuan pendaftaran PKK, TNB dan CIDB telah siap di laksanakan. Segala permohonan pembaharuan berjalan dengan lancar.

Para petugas yang terlibat semuanya prihatin dan bertanggungjawab serta berkhidmat dengan mesra. Pembaharuan CIDB hanya mengambil masa tidak sampai 1 hari untuk menyelesaikannya. Syabas kepada prosedure baru CIDB. Syarikat kami perlu mengutip mata CCD sekurang-kurangnya 30 mata untuk melayakkan kami mengulangi pembaharuan dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Alhamdulillah semuanya telah selesai.

PERKHIDMATAN

Posted by kakmin | Posted in | Posted on 5:26 PM



 Syarikat Kontrak Maju adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berikut ;
  • kerja-kerja pembinaan bangunan
  • membaiki bangunan
  • hiasan dalaman
  • water proofing
  • mengecat bangunan dan jalan
  • kerja besi
  • kerja tanah
  • membina jalan premix
  • plumbing
  • memasang karpet
  • memasang wall paper
  • dll yg berkaitan
Kami mempunyai pengalaman dalam bidang kontraktor ini lebih dari 20 tahun. Pihak Kontrak Maju mementingkan kualiti kerja dan menepati masa yang di tentukan.